14 Disember 2009








Pada paginya hadir ke pusrawi untuk pemeriksaan mingguan, dengan harapan mendengar berita baik daripada doktor, pemeriksaan lepas menunjukkan baby dan uri pada kedudukan yang terbaik untuk kelahiran normal. Tapi kali ini wajah doktor melihatkan “sesuatu” yang pasti aku ingin tahu. Ringkas doktor hanya berkata “ Kesihatan ibu baik, walaupun kedudukan baby berada pada posisi yang terbaik, tapi saya bimbang dengan keadaanya memandangkan pintu rahim tidak terbuka sedikit pun ” Sambil menunjukkan Graf CTG yang menunjukkan degup jantung baby tidak begitu stabil. Mungkin tidak mahu merisaukan keadaan, dengan tenang doktor menyarankan induce dijalankan . CTG dilakukan sekali lagi untuk memantau degup jantung baby, Doktor datang ke bilik melihat graf, memerikasa bukaan rahim, dengan wajah yang masih menyembunyikan sesuatu, secara perlahan doktor berkata “ tak boleh macam ni, baby makin lemah, rahim awak masih tak bukak sikit pun, we go for C-Sec, this is emergency” Masa begitu pantas aku risau akan kedua isteri dan baby, aku melihat isteriku masuk ke dewan bedah.. “ encik, ini kes kecemasan, encik tak boleh masuk....” aku menunggu... ditemani kakak iparku yang baru tiba ~~ pada jam 3.42 ptg Muhammad Akidd B. Muhammad Idzwan dilahirkan, jururawat membawa Akidd kepadaku, aku bersyukur, gembira tetapi tidak sepenuhnya kerana belum pasti keadaan isteriku didalam sana. Akidd dibawa ketingkat atas. Aku masih mundar mandir didepan dewan bedah, mungkin kerana kurang selesa, seorang jururawat datang kepadaku “ Encik, boleh tunggu tak didalam bilik menuggu, kerana encik menghalang laluan masuk kedewan bedah ni.. encik tak perlu risau, isteri encik selamat...” yakin dengan kata-kata itu aku tenang dan menunggu dengan sabar, pada akhirnya kedua-dua selamat dan sihat, aku tersenyum, tak terkata ~ hanya Alhamdulillah penyimpul semuanya....

3 comments:

aha said...

alhamdulillah..happy for both of you. sgt comel Akidd..

Unknown said...

Alhamdulillah...
semuanya selamat...
kami tompang gembira...
Akidd conel sangat...

kay karim said...

so sweet..karangan nih leh dpt A++!!!

p/s: congrats..