Terima Kasih

Dulu... masa kecik² , nak mintak pape semua ngan mak, nak cakap ngan abah mesti rase takut, maklumlah abah tentera, garang ~ Mase tuh abah pun selalu takde sebab menunaikan tanggungjawab sbg tentera, abah belayar pi Bosnia etc. Sebagai sulong, secara tak langsung mak selalu "latih" untuk buat kerje² rumah. Sebab dah terbiase, aku ikutkan je, suruhan orang tua kenalah ikut, kata aku didalam hati sendiri. Hairan jugak time tu, mak senyum je walaupun tgh mengandungkan adik bongsu aku.
Kadang² tu mak selalu jugak kejut aku semasa aku tgh tido, tolong masakkan air, sementara mak buat keje² rumah yang lain, kata aku " iskh dah tgh malam ni, mak tak tido lagi ke?" Aku tak merungut, sebab tgk mak pun cool jek. kata aku, "mak dah biasa mengandung kot, ni adik no aku yg no 3~ takde hal lah".. aku pun pi la masak air..
Dah bertahun2 berlalu, aku pun dah kawin, isteri pun dah mengandungkan anak sulong aku. Malam tadi aku terdengar suara isteriku~ mcm tgh tahan sakit...
Mungkin sebab dah nak dekat hari kelahiran, baby pun dah semakin menekan, jadi adalah kesakitan. Aku hanya boleh bertanya apa yang perlu aku buat selain aku mengurut dia, aku tahu dan faham apa yang dialami, tapi jauh sekali untuk aku merasai.
Dari air muka isteriku ~ hmmm banyak isteriku korbankan, dari kesihatan, kesakitan~ tido pun tak sempurna. Aku teringatkan kisah masa kecik² dulu, macamana mak hadapi semua ngan kehadiran abah aku terkadang tiada di rumah, mengadungkan adik ku dan menjaga adik² yang lain serta aku sendiri. Itulah dia seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Melihatkan aku terbangun, isteriku perlahan lahan merubah wajahnya dari kesakitan lalu melrikkan senyuman, "babah tidurlah, sori kacau babah tido.." aku berdegil sebab risaukan dirinya...
Tak lama kemudian, isteriku main trick ngan aku, " meh baring sesame, tido sesame ok.. aku pun baring dan tertidur semula... Pada masa yang sama, aku yakin isteriku masih menahan kesakitan, dan masih tidak tidur lena... Semuanya terjawab, dulu aku tertanya kenapa mak masih senyum tika waktu sibuk dan penat serta menanggung kandungan. Kini aku bukan sekadar tahu, aku kini faham.....

Terima Kasih mak... kerana mengandungkanku, melahirkanku, menjagaku dan membesarkan ku sehingga aku punya keluarga sendiri.

Terima kasih isteriku, kerana bersusah payah mengandungkan anak sulong kita... Harap kelahiranya bakal menyerikan rumah tangga kita, memecah kesunyian diri bilama aku selalu kerja lebih masa... :) Terima kasih.... sayang.

No comments: