14 Disember 2009








Terima Kasih

Dulu... masa kecik² , nak mintak pape semua ngan mak, nak cakap ngan abah mesti rase takut, maklumlah abah tentera, garang ~ Mase tuh abah pun selalu takde sebab menunaikan tanggungjawab sbg tentera, abah belayar pi Bosnia etc. Sebagai sulong, secara tak langsung mak selalu "latih" untuk buat kerje² rumah. Sebab dah terbiase, aku ikutkan je, suruhan orang tua kenalah ikut, kata aku didalam hati sendiri. Hairan jugak time tu, mak senyum je walaupun tgh mengandungkan adik bongsu aku.

Kadang² tu mak selalu jugak kejut aku semasa aku tgh tido, tolong masakkan air, sementara mak buat keje² rumah yang lain, kata aku " iskh dah tgh malam ni, mak tak tido lagi ke?" Aku tak merungut, sebab tgk mak pun cool jek. kata aku, "mak dah biasa mengandung kot, ni adik no aku yg no 3~ takde hal lah".. aku pun pi la masak air..

Dah bertahun2 berlalu, aku pun dah kawin, isteri pun dah mengandungkan anak sulong aku. Malam tadi aku terdengar suara isteriku~ mcm tgh tahan sakit...

Mungkin sebab dah nak dekat hari kelahiran, baby pun dah semakin menekan, jadi adalah kesakitan. Aku hanya boleh bertanya apa yang perlu aku buat selain aku mengurut dia, aku tahu dan faham apa yang dialami, tapi jauh sekali untuk aku merasai.

Dari air muka isteriku ~ hmmm banyak isteriku korbankan, dari kesihatan, kesakitan~ tido pun tak sempurna. Aku teringatkan kisah masa kecik² dulu, macamana mak hadapi semua ngan kehadiran abah aku terkadang tiada di rumah, mengadungkan adik ku dan menjaga adik² yang lain serta aku sendiri. Itulah dia seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Melihatkan aku terbangun, isteriku perlahan lahan merubah wajahnya dari kesakitan lalu melrikkan senyuman, "babah tidurlah, sori kacau babah tido.." aku berdegil sebab risaukan dirinya...

Tak lama kemudian, isteriku main trick ngan aku, " meh baring sesame, tido sesame ok.. aku pun baring dan tertidur semula... Pada masa yang sama, aku yakin isteriku masih menahan kesakitan, dan masih tidak tidur lena... Semuanya terjawab, dulu aku tertanya kenapa mak masih senyum tika waktu sibuk dan penat serta menanggung kandungan. Kini aku bukan sekadar tahu, aku kini faham.....
Terima Kasih mak... kerana mengandungkanku, melahirkanku, menjagaku dan membesarkan ku sehingga aku punya keluarga sendiri.
Terima kasih isteriku, kerana bersusah payah mengandungkan anak sulong kita... Harap kelahiranya bakal menyerikan rumah tangga kita, memecah kesunyian diri bilama aku selalu kerja lebih masa... :) Terima kasih.... sayang.
Sebenarnya
Nukilan kata terkadang menyentuh hati
Usap belai tidak semesra saat ini
Rasa diri tak selayaknya disini
Anggap kekurangan merentap diri
Ironi bukan itu maksud ungkapan kata
Diri ini mengharap ampun tiada lainnya
Aku adipati, didalam daerah berdua, tiada ketiga
Wahana bertaut hanya pada bicara
Apa yang dikata tiada benci padanya
Tuntas bicara bila terlihat sinar air mata
Ingin meluah bukan bersengketa
Maharani diri ini hanyamu, wahai isteri
Olahan kasih tiada pengganti
Hanya dirimu yang bertaut dihati
Dakap hangatmu tiada setara ~ pasti
Andai terkhilaf perbuatan dan perkataan
Namun tetap kasih dari awal hingga akhiran
Ingin melengkap kekurangan teladani kesilapan
Sayang, hanya padamu kasih kusandarkan....
-suami mu-
Muhammad idzwan
4.30pm 22jun 2009
Depan pc opis
Senyum... ;)
Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Dah hampir 3 bulan kami melangsungkan perkahwinan, banyak perkara sedih ran gembira berlaku bersama-sama. Namun pemergian ayah mertua selepas 40hari pernikahan kami, amat terasa terutama pada isteri tersayang. Moga dapat diteruskan hidup dengan lebih tabah sebagai suami dan isteri ;)
Oh my....

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum, sepintas masa berlalu, sedar tidak sedar sudah seketika saya tidak mengemaskini blog ini. Saya mengambil kesempatan ini mewakili diri ini sendiri serta tunang saya memohon ampun dan maaf kepada anda semua sahabat dan kenalan. Walaupun Hari Raya pernah mencatit kesedihan pada diri ini, tetapi dorongan dan sokongan dari teman hidup saya membuatkan Hari Raya ini lebih berisi. Terima kasih kepadamu, Nuraidawati, atas semua yang pernah kita lalui bersama. Maaf dan ampun untuk setiap bibit kata yang menguris dan setiap tingkah laku yang menghiris. ;)
Our 4-3 Kitties
Hmm!Assalamualaikum, dalam kekecohan kenaikkan harga petrol, sempat jugak kami "bercuti" dalam tempoh kurang 24 jam ke Lumut. Ditemani sahabat baik tunang saya, fieyza. Kami bertiga bertolak ke Lumut pada hari Sabtu 9 Pagi. Sebenarnya dalam misi untuk menghantar mak dan adik saya yang terkandas dari Johor, sebab tiket bas terus ke utara dah habis, keluarga saya turun di Puduraya... cerita pasal "less-24 hour vacation" nih akan menyusul kemudian, nie pasal kucing² kami yang baru je selamat melahirkan kitty² yg comel²!! ada 2 ekor Hitam dan Belang, Hitam dengan bangganya melahirkan 4 ekor anak kucing dan Belang 3 ekor anak kucing yang lain, walaupun Belang "bersalin" kemudian, tapi anak dier lain macam skit kualiti dier,hmm gambat still takde, tapi saya uploadkan video...
Iklan

At Levi Strauss & Co., we market our products under leading brand names that are among the most successful apparel brands in the world. Our Levi's® brand is one of the most widely recognized brands in the history of the apparel industry.
From updating classics with the latest finishes, fabrications and colors, to reinventing five-pocket jeans, we are always creating new, innovative products. But this two fellows have nothing to do with us. Of course this image is not our official ad!!
From updating classics with the latest finishes, fabrications and colors, to reinventing five-pocket jeans, we are always creating new, innovative products. But this two fellows have nothing to do with us. Of course this image is not our official ad!!
Subscribe to:
Posts (Atom)